Wahai engkau yang dilahirkan di atas ranjang kesengsaraan..
Diberi makan pada dada penurunan nilai
Yang bermain sebagai seorang anak di rumah tirani
Engkau yang memakan roti basimu dengan keluhan
Dan meminum air keruhmu bercampur dengan airmata yang getir
Wahai askar..
Yang diperintah oleh hukum yang tidak adil
Oleh lelaki yang meninggalkan isterinya..
Meninggalkan anak-anaknya yang masih kecil..
Meninggalkan sahabat-sahabatnya..
Dan memasuki gelanggang kematian
Demi kepentingan cita-cita yang mereka sebut 'keperluan'
Wahai penyair..
Yang hidup sebagai orang asing di kampung halamannya
Tak dikenali di antara mereka yang mengenalinya
Yang hanya berhasrat untuk hidup di atas sampah masyarakat
Dan dari tinggalan atas permintaan dunia yang hanya tinta dan kertas
Wahai tawanan..
Yang dilemparkan ke dalam kegelapan kerana kejahatan kecil
Yang teraniaya oleh mereka yang membalas kejahatan dengan kejahatan
Dibuang dengan kebijaksanaan yang ingin mempertahankan hak
Melalui cara-cara yang keliru
Wahai wanita yang malang..
Yang kepadanya Tuhan menganugerahkan kecantikan
Masa muda yang tidak setia memandangnya dan mengekorimu
Memperdayakan engkau..
Menanggung kemiskinanmu dengan emas
Ketika kau menyerah padanya dia meninggalkanmu
Kau serupa mangsa..
Yang gementar dalam cakar-cakar penurunan nilai
Dan keadaan yang menyedihkan
Wahai eman-temanku yang rendah hati..
Para martir bagi hukum buatan manusia.
Kau bersedih..
Dan kesedihanmu adalah akibat dari kebiadaban yang hebat,
Dari ketidakadilan sang hakim..
Dari licik si kaya..
Dan dari keegoisan hamba demi hawa nafsunya
Janganlah putus asa..
Kerana di sebalik ketidakadilan dunia ini..
Dibalik persoalan..
Dibalik awan gemawan..
Dibalik bumi..
Dibalki semua hal ada suatu kekuatan..
Yang tak lain adalah seluruh kadilan..
Segenap kelembutan..
Semua kesopanan..
Segenap cinta kasih
Engkau laksana bunga yang tumbuh dalam bayangan
Segera angin yang lembut akan bertiup dan membawa bijianmu
Memasuki cahaya matahari..
Tempat mereka yang akan menjalani suatu kehidupan indah
Engkau laksana pepohonan telanjang
Yang rendah kerana berat berbatang
Dan bersama salju musim dingin
Lalu musim bunga akan tiba menyelimuti
Dengan dedaunan hijau dan berair
Kebenaran akan mengoyak tabir airmata
Yang menyembunyikan senyuman
Saudaraku..
kuucapkan selamat datang padamu
Dan kuanggap hina para penindasmu.
Post a Comment
↑ Grab this Headline Animator
0 comments:
Post a Comment